Jakarta,-
Mengisahkan tentang empat beradik dibesarkan oleh bapak tunggal mereka, Latif (Dato’ M. Nasir), dengan nilai-nilai kesederhanaan, pegangan agama yang kuat, dan disiplin persilatan. Fuad (Ashraf Sinclair), Farid (Remy Ishak), Fahad (Hisham Hamid), dan Fara (Shenty Feliziana) hidup bersama bapak mereka dipelosok paling sunyi Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Di situ, mereka menjalani kehidupan hampir tersembunyi daripada masyarakat, berlatih ilmu persilatan hari demi hari. Seolah-olah bersiap-siaga untuk menghadapi sesuatu. Rungutan mereka, terutama daripada Fara yang semakin memberontak langsung tidak diendahkan oleh bapak mereka. Rutin harian yang memerlukan adik-beradik ini bertumbuk, bertendang dan berhayun parang sesama sendiri akhirnya turut mewujudkan ketegangan di antara mereka di luar gelanggang.
Perhubungan keluarga ini semakin bergolak apabila Fara berkenalan dengan seorang lelaki Indonesia, Arian (Reuben Elishama), yang tiba dari Jakarta semata-mata untuk berjumpa dengan Latif. Dalam usaha Arian melembutkan hati Fara untuk membawanya bertemu dengan Latif, mereka menjadi semakin rapat.
Menyadari akan hal ini, abang sulung Fara, Fuad yang seolah-olah mengetahui tujuan Arian mencari Latif menghalang Fara untuk terus bertemu dengan Arian. Fuad kemudian bertindak mengusir Arian pulang ke Jakarta. Menjanjikan bahawa Latif tidak mau lagi ada kaitan dengan ‘orang-orang seperti Arian’.
Berang dengan tindakan Fuad, Fara bertindak mengikuti Arian ke Jakarta, tanpa mengetahui bahaya yang menanti dirinya di situ. Sebaik sahaja Fara keluar daripada pintu ketibaan di lapangan terbang Jakarta, dia terus diculik, dihumban ke dalam van, lalu dikurung di dalam sebuah gudang.
Tidak mengetahui nasib adik mereka, Fuad, Farid dan Fahad dihantar Latif ke Jakarta untuk membawa adik mereka pulang. Di sana, ketiga-tiga beradik itu sering mendapati diri mereka diserang tanpa sebab yang pasti, sekaligus memaksa mereka untuk mempertahankan diri di dalam pertempuran-pertempuran yang ganas. Arian yang baru mendengar mengenai berita penculikan Fara turut berganding bahu membantu abang-abang Fara. Semakin lama mereka di Jakarta, semakin banyak yang mereka mula fahami tentang asal usul keluarga mereka dan siapa bapak mereka yang sebenarnya. Sebelum mereka sadari, mereka terjerumus di tengah-tengah pergelutan kuasa di dalam dunia kongsi gelap Jakarta. Hanya mereka yang mampu menamatkan perang ini, walau sebesar mana pengorbanan yang diperlukan.
Inilah kisah Film Mini Seri DO(S)A yang mulai tayang 14 Februari ‘on demand’ di platform digital Astro GO di Astro First saluran 480 dan platform NJOI. Inilah karya perdana Nusantara ‘An Astro Original Series’, kolaborasi Malaysia -Indonesia, yang dibandrol seharga RM 19.10 (termasuk 6% GST). Berdurasi satu jam untuk tiap episodenya, yang masing-masing episodenya berjudul ‘Khianat’, ‘Tamak’, ‘Nafsu’, ‘Dengki’, ‘Derhaka’, ‘Fitnah’, ‘Munafik’ dan ‘Fitnah’ yang bersumber pada tagline DO[S]A, “Niat Tidak Menghalalkan Cara”.
Disutradarai oleh Sutradara terbaik FFI 2011, Ifa Isfansyah yang menyutradarai ‘Sang Penari’, ‘Garuda Di Dadaku’ dan ‘Pendekar Tongkat Emas’. Didampingi DOP Yadi Sugandi yang melahirkan gambar-gambar apik di karya film seperti ‘Ada Apa Dengan Cinta 2’, ‘Laskar Pelangi’, ‘Sang Penari’, ‘Darah Garuda’. Skenario oleh Saniboey Mohd Ismail dan Salman Aristo, dua penulis skenario handal di masing-masing negaranya. Dan bertabur bintang Malaysia, Indonesia dan Singapura seperti Dato’ M.Nasir, Remy Ishak dan Daniella Sya dari Malaysia, Ashraf Sinclair, Roy Marten, Maudy Koesnaedi, Hannah Al Rashid, Reuben Elishama dan Tegar Satrya dari Indonesia, serta Shenty Feliziana dan Hisyam Hamid dari Singapura.
Mini seri DO[S]A sarat dengan adegan yang mendebarkan, aksi mengejutkan dan ganas. Namun begitu, bumbu drama turut memperkuat pergolakan emosi, pengorbanan, ikatan kekeluargaan serta bibit percintaan, yang dibangun di film ini, merupakan sinergi antara Arie Zaharie Production (Malaysia) dan Capitol Entertainment Production (Indonesia). Dimana Pengarah Koreografi adegan aksi Cecep Arif Rahman yang juga menggarap aksi laga untuk ‘The Raid: Berandal’.
Syuting berlangsung 58 hari, dari bulan Juli 2017 hingga September 2017. Lokasi penggambaran rata-ratanya dilaksanakan di Jakarta (sekitar 90%) dan selebihnya di Malaysia termasuklah di lokasi-lokasi utama sekitar Kuala Lumpur, Kampung Baru, Klang and Putrajaya. DO[S]A juga akan memasuki pasar Indonesia menerusi platform OTT (Over-The-Top); Tribe Indonesia dan di saluran Astro Citra.
Sebelum DO[S]A, Astro telah memproduksi beberapa proyek untuk menembus pasaran nusantara seperti ‘3 A.M. Bangkok Ghost Stories’ dengan pihak produser dari negara Thailand, ‘Door’ dengan produser Filipina, serta ‘Cinta Paling Agung’ dan ‘Polis Evo2’ kerjasama dengsn Indonesia. Disamping filem-filem terbitan Astro seperti ‘The Journey’ turut menarik minat pemain industri dari luar negeri untuk diadaptasikan bagi siaran di negara masing-masing. Bahkan dalam waktu terdekat ini akan datang, ‘Sembilan’, sebuah lagi miniseri original besutan Malaysia – Indonesia yang bakal menemui penonton pada akhir tahun ini. Naskah bergenre horror ini akan memulai produksi pada bulan Mei 2018 mendatang dan diharapkan akan ada lebih banyak lagi sinergi dan projek serupa untuk dihasilkan di masa-masa berikutnya.
(gha; foto ist